Jom Terokai Keindahan Tersembunyi di Mabul Island (Pulau Mabul)

pakej mabul island sabah

Jika anda sedang mencari percutian yang tenang dan indah, Mabul Island adalah destinasi yang sesuai untuk anda. 

Pulau kecil yang terletak di luar pantai Sabah di Malaysia ini terkenal dengan pulau yang bersih, air yang jernih, dan pelbagai hidupan marin yang hidup di dalam air. 

Dalam artikel ini, kita akan terokai keindahan tersembunyi di Pulau Mabul. 

Di Mana Mabul Island?

pakej mabul island sabah

Selamat datang ke Pulau Mabul yang menakjubkan, syurga tropika yang terletak di asia tenggara Sabah, Malaysia. 

Pulau kecil ini, berkeluasan hanya 20 hektar, dikelilingi oleh perairan laut biru yang jernih, terumbu karang (coral reefs) dan hidupan marin. 

Tidak hairanlah Pulau Mabul telah menjadi salah satu destinasi utama untuk peminat scuba diving dan snorkeling dari seluruh dunia.

Selain itu, pengunjung juga dapat melakukan berbagai aktiviti air seperti jet ski, wakeboarding, dan parasailing.

Pulau ini dikelilingi oleh beberapa tapak menyelam yang terkenal di dunia seperti Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai.

Masa Terbaik untuk Melawat Pulau Mabul

pakej mabul island sabah

Sebelum kita menyelami keajaiban Pulau Mabul, mari kita bincangkan dahulu masa terbaik untuk melawat destinasi pulau cantik ini. 

Pulau Mabul terdedah kepada hujan monsun, yang boleh mengganggu rancangan perjalanan dan menjadikan keadaan menyelam kurang baik.

Masa terbaik untuk melawat Pulau Mabul adalah semasa musim kemarau antara Mac hingga Oktober. Tempoh yang sesuai untuk anda terokai pulau ini adalah selama 3 atau 4 hari. 

Dalam tempoh ini, cuaca cerah dan kering serta laut tenang dan jernih, menjadikannya sesuai untuk melakukan aktiviti scuba diving dan snorkeling

Walau bagaimanapun, harga akan menjadi lebih tinggi pada musim ini kerana musim yang high demand

Bagaimana Untuk Pergi Ke Pulau Mabul?

Untuk ke Pulau Mabul, lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Tawau. Selepas itu, pengunjung boleh menaiki teksi atau bas ke Semporna. 

Dari Semporna, anda boleh menyewa bot persendirian atau menaiki feri untuk ke Mabul Island selama 45 minit bergantung pada kelajuan bot. 

Jika anda menggunakan pakej Daeng Travel, mereka boleh mengaturkan pengangkutan bot untuk anda dari Semporna ke Mabul. 

5 Aktiviti yang Menarik di Mabul Island

  • Snorkeling

snorkeling mabul island

Bagi anda yang sukakan aktiviti adventure dan tak takut air, boleh cuba aktiviti snorkeling di sini. 

Anda akan melihat hidupan yang sangat cantik di dalam air seperti ikan nemo, coral dan sebagainya. 

  • Scuba Diving

scuba diving mabul island sabah

Diving antara main attraction di sini. Jika anda teringin nak diving, boleh ambil lesen diving dulu. 

Alang-alang, boleh rasai juga diving di air pantai berbeza berbanding kebiasaan.

  • Kayak

mabul island sabah

Inilah masanya untuk anda menaiki kayak transparent untuk melihat pemandangan yang indah di sekeliling laut. Kayak transparent ini juga sesuai untuk anda yang suka bergambar. 

Anda boleh sewa kayak dengan harga RM30 sahaja. Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut. 

  • Island Hopping

Island Hopping di Sabah adalah cara yang baik untuk menerokai keindahan pulau di Sabah.

Kebiasaanya Island Hopping ini berjalan selama satu hari, jadi anda boleh menikmati pemandangan indah di sekitar laut Sabah. 

  • Culture Bajau Laut

Jika anda bukan seorang yang adventure seperti scuba diving, anda juga boleh melihat bagaimana kehidupan Bajau Laut.

Mereka duduk di perairan pulau jika datang ke Mabul island. Di sini, anda akan di offer fresh coconut and purple seaweed. 

Lebih baik datang bersama tour guide atau rakan di Sabah untuk elakkan sebarang kekasaran atau penipuan semasa membeli. 

5 Barang yang Perlu Dibawa ke Pulau. 

  • Bagpack

pakej mabul island sabah

Jika anda ingin bercuti di pulau, elakkan menggunakan luggage bag kerana sukar untuk anda tarik beg di atas pasir 

Sudah tentu juga anda akan menggunakan pelbagai kenderaan semasa transit seperti bot, kereta dan kapal terbang. 

Bagpack adalah paling sesuai jika anda ingin bercuti di pulau. Pastikan bagpack anda juga kalis air untuk mengelakkan baju menjadi basah. 

  • Ubat-ubatan

Perkara paling penting sekali adalah ubat-ubatan. Jika anda allergic pada seafood, sila bawa ubat yang sesuai. 

Ini untuk bersedia sebagai langkah persediaan andai anda mabuk laut. Bawa ubat atau minyak angin supaya anda dapat adapt ketika melakukan island hopping nanti. 

  • Baju Renang

Paling utama jika anda ingin lakukan aktiviti air terutamanya snorkeling atau diving, anda wajib bawa baju renang kerana di sana tiada jual baju renang. 

  • Sunscreen

apply sunscreen before island hopping

Setiap kali bercuti di pulau, sunscreen adalah barang wajib untuk elakkan anda sunburn dan kanser kulit. 

Jangan biarkan kulit anda terdedah kepada matahari terlalu lama. Pastikan reapply sunscreen setiap 2 jam sekali bagi mengelakkan kulit anda pedih. 

Sunscreen yang paling sesuai adalah sunscreen waterproof, boleh dapatkan di Watson, Guardian ataupon di mana-mana kedai kesihatan/farmasi terdekat. 

  • Waterproof Phone Casing

Jika anda suka ambil gambar, sebaiknya bawa waterproof casing untuk elakkan phone anda rosak terkena air. 

Cuti di pulau, sudah tentu akan terdedah dengan banyak aktiviti air.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda yang ingin bercuti di pulau. 

Jangan lupa gunakan pakej Daeng Travel kerana setiap pakej sudah termasuk penginapan, makanan dan tour guide sekali. 

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman ini yang pasti tidak dapat dilupakan.

Similar Posts

  • Maglami-Lami Waterhouse

    Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautannya yang cantik dengan kejernihan air laut sehingga kelihatan terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan. Terletak 30 minit dari jeti Semporna, chalet atas air ini…

  • |

    Agensi Pelancongan Daeng Travel & Tours, Pilihan Terbaik!

    Ramai diantara kita sering terfikir yang mana lebih berbaloi ketika melancong; untuk travel bersendirian atau bersama agensi pelancongan. Kedua-dua pilihan ini adalah mengikut keselesaan masing-masing. Lain orang, lain cara dan pemikiran. Ada yang mahu travel bersendirian atas sebab bajet yang terhad atau mempunyai pelbagai tempat menarik yang hendak dilawati. Manakala, buat mereka yang melancong mengikut…

  • Pulau Mantanani

    Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa…

  • Turtle Island Park

    Terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan, Turtle Island Park adalah syurga bagi penyu karah dan penyu agar yang kian diancam kepupusan di kawasan lain. Pulau Selingan yang merupakan pulau terbesar daripada yang lain menempatkan pejabat, pusat penetasan, penginapan dan pelbagai fasiliti asas lain. Pulau lain pula digunakan untuk…

  • |

    Kundasang: Tempat dan Aktiviti Percutian Menarik

    Kundasang merupakan sebuah pekan kecil di Sabah yang terletak di daerah Ranau. Namun, terdapat pelbagai tempat menarik di Kundasang yang boleh dikunjungi. Ianya, terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan paling hampir dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Faktor seperti cuaca yang segar dan keindahan semulajadi yang cantik di Kundasang menjadi tarikan utama sebagai…

  • 11 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Anda Mesti Pergi!

    11 Tempat Menarik Di Kundasang: Sesuai Untuk Semua Lapisan Umur Ramai yang ingin bercuti ke Kundasang tapi tak tahu nak pergi mana je kat sana, akhirnya bila sampai Kundasang hanya duduk homestay tido..tak bestlah macamtu kan..jom baca tips kami 11 Tempat Menarik Di Kundasang.   Desa Dairy Farm Kundasang War Memorial Sosodikon Hill Bombon Kampung…