pakej percutian

Sabah adalah salah satu tempat percutian yang wajib dilawati bagi setiap travellers.

Kepelbagaian budaya serta keindahan alam di Sabah membuatkan ramai orang tertarik untuk bercuti di sana.

Tapi, sebelum anda apply cuti dan melancong dengan pakej percutian menarik ke Sabah, jom ketahui beberapa perkara penting terlebih dahulu.

Ikuti artikel ini untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

5 Barang Yang Perlu Dibawa Travel

Jika anda suka melancong bersama ahli keluarga atau rakan-rakan,  pasti anda pernah alami incident seperti mereka bawa barang yang banyak, kan? 

Gayanya seperti melancong sebulan tetapi tempoh melancong hanyalah 3 hari sahaja!

Situasi ini understandable, lebih-lebih rasa tak syok apabila ada barang yang tertinggal atau tidak lengkap.

Sebelum memulakan percutian, jom kita checklist dulu 5 barang yang perlu ada disana.

  1. Beg Yang Sesuai

beg pakej percutian

Sebelum packing, pastikan anda bawa beg yang sesuai, mudah dibawa dan tahan lasak, terutamanya bagi pelancong yang menggunakan kapal terbang atau pergi melakukan outdoor activities!

Antaranya beg yang perlu digunakan adalah beg luggage yang beroda atau bagpack.

Luggage sangat mudah untuk dibawa sekiranya pergi bercuti ke tempat yang jauh. Ini kerana anda hanya perlu tarik sahaja luggage tersebut.

Tetapi, jika destinasi percutian seperti di pulau, gunung atau taman tema air, pemilihan bagpack adalah digalakkan kerana lebih mudah untuk bergerak.

Jadi, pilihlah beg yang berkualiti, ringan, mudah dibawa dan tahan lasak! 

Kepada bakal pelancong yang menggunakan kenderaan seperti flight, bas atau kereta api, digalakkan untuk membeli mini pad kekunci untuk lebih secure, okay.

  1. Kasut

Yang kedua adalah jangan lupa untuk bawa kasut yang sesuai mengikut kesesuaian tempat dan aktiviti supaya anda mudah bergerak dengan selesa.

Pemilihan kasut yang breathable dan mempunyai soles yang sesuai dengan tapak kaki dapat mengelakkan kaki sakit ketika berjalan.

Sebab itu, pemilihan kasut yang sesuai sangat penting.

Tak salah jika anda nak berfesyen ketika holiday, tapi pastikan pemilihan kasut yang betul bagi mengelakkan mood swing disebabkan kasut yang menyakitkan dan tak selesa.

  1. Toiletries, Skincare & Cosmetic

toiletries untuk pakej percutian

Kebanyakan hotel atau tempat percutian akan menyediakan barang keperluan toiletries.

Tapi, anda pun perlu bawa barang keperluan lain seperti sabun badan, syampu rambut, pencuci muka, ubat gigi dan berus gigi.

Ada sesetengah individu yang lebih selesa menggunakan berus gigi sendiri, bukan?

Jadi, pastikan anda sudah menyediakan barang keperluan toiletries ini untuk dimasukkan ke dalam bag anda!

Anda lebih digalakkkan untuk bawa barang keperluan yang bersaiz kecil (travel-size) untuk mengelakkan bag jadi terlalu berat dan ruang yang terhad.

Bagi yang mempunyai set skincare juga digalakkan untuk meletakkan dalam satu pouch khas supaya mudah untuk diambil.

  1. Aksesori Gajet

Bila tengah holiday, mesti anda nak luangkan masa dengan hiburan, muzik dan ambil gambar, bukan?

Jadi, pastikan anda bawa earphone, charger, power bank, usb charger dan kamera yang bersesuaian semasa travel.

Jika, salah satu daripada barang-barang ini terlupa untuk dibawa, memang menangislah kacau mood holiday!

Oh ya, kalau anda ingin melancong di oversea, jangan lupa bawa travel adapter.

Ini kerana tak semua negara yang kita pergi mempunyai bentuk plug yang sama seperti di Malaysia.

Beli satu adapter yang berkualiti supaya anda boleh menggunakannya dalam jangka masa yang lama.

Letakkan kesemua aksesori ini di dalam satu beg supaya mudah untuk diambil.

  1. First Aid Kit

first aid kit

Benda paling penting tapi sering diabaikan oleh pelancong ialah kit kecemasan atau lebih dikenali sebagai first aid kit.

Setiap pelancong atau sekurang-kurangnya salah seorang daripada kumpulan perlu bawa kit kecemasan.

Antara ubat yang utama ialah ubat selesema, panadol, ubat gastrik, minyak cap kapak, ubat tahan gatal dan mana-mana ubat yang anda rasa perlu untuk dibawa.

Kit ini sangat berguna sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa melancong. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Baca Juga

Dokumen Sebelum “Landing” Di Sabah

Walaupun Sabah adalah negeri di dalam Malaysia, tapi ramai yang masih belum tahu untuk masuk ke negeri Sabah memerlukan dokumen imigresen.

Bagi rakyat Malaysia yang lahir di semenanjung atau ibu bapa yang bukan berasal dari Sabah, anda harus memiliki dokumen perjalanan ketika tiba di lapangan terbang atau pelabuhan.

Terdapat 2 dokumen yang berbeza dari segi tempoh lawatan kurang dan lebih dari 3 bulan.

Bagi pas lawatan kurang dari 3 bulan memerlukan dokumen gantian perjalanan seperti contoh di bawah.

dokumen pakej percutian

Pas ini hanya dikeluarkan hanya untuk warganegara Malaysia dari semenanjung dan diperolehi di kaunter Balai Ketibaan lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah.

Namun, sekiranya anda ingin menetap di Sabah lebih dari 3 bulan, anda memerlukan dokumen perjalanan terhad dan boleh didapati di kaunter imigresen.

Tempoh sah laku untuk dokumen ini selama 5 tahun dan boleh dilanjutkan lagi. Sekiranya warganegara sudah memiliki pasport merah, ia boleh digunakan ketika melalui imigresen.

Pakej Sabah Ditawarkan Oleh Daeng Travel

Bagi yang merancang untuk bercuti di Sabah, Daeng Travel menawarkan pakej percutian menarik untuk anda.

Di Daeng Travel, kami ada 2 pakej percutian iaitu Pakej Kundasang dan Pakej Semporna.

Bagi Pakej Kundasang, terdapat beberapa aktiviti menarik yang anda boleh cuba seperti rabbit farm, massage fish spa, Desa Dairy  Farm, snorkeling, sunset di Tanjung Aru, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik mengikut tempoh masa percutian.

Untuk yang nature lovers, anda sangat digalakkan untuk mengambil pakej Semporna kerana aktiviti yang disediakan bukan sahaja island tour dan snorkeling.

Tetapi, anda juga boleh hiking di Pulau Bohey Dulang. Jadi,  hiker, jangan lepaskan peluang keemasan ini! 

Buat anda yang berminat untuk bercuti di Sabah, jangan lupa untuk memilih Daeng Travel sebagai tour guide anda.

Anda boleh lawat laman web kami untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Similar Posts