Pulau Mantanani

Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil.

Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa tahu, mungkin anda bernasib baik?

Pulau Mantanani
Sumber: Beautiful Life & Nature

Kalau tidak berpeluang untuk menyaksikan semua ini, anda masih dapat menikmati keindahan sebuah fenomena laut yang sangat menarik iaitu bioluminescence di mana hamparan cahaya biru di sekitar lautan yang disebabkan oleh mikroorganisma marin yang wujud dapat dilihat pada waktu malam.

Untuk menuju ke sini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot yang ditawarkan penduduk kampung di Rampayan, Kota Belud, perjalanan untuk ke pulau dengan bot mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 jam, bergantung kepada keadaan ombak. Untuk ke Kota Belud dari Kota Kinabalu pula mengambil masa dalam sekitar satu setengah ke dua jam.

Alamat: Pulau Mantanani Besar, Kampong Mantanani, Sabah

Waktu Operasi Bot Jeti Kota Belud: 8.00 am – 3.00 pm (*Bergantung kepada keadaan ombak dan operator penghantaran)

Harga Tiket: Bergantung Kepada Pakej Yang Dipilih

Similar Posts