Maglami-Lami Waterhouse

Maglami-Lami Waterhouse

Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautannya yang cantik dengan kejernihan air laut sehingga kelihatan terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan.

Terletak 30 minit dari jeti Semporna, chalet atas air ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, snorkel dan menyelam di sekitar penginapan ini. Chalet ini terletak di Pulau Bum Bum yang menghadap Pulau Bohey Dulang. Jika anda melakukan trip island hopping di sini, perjalanan ke Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan hanya mengambil masa 20 minit.

Jenis penginapan yang ditawarkan ialah standard triple, standard family dan vip chalet. Kesemua bilik ini menghadap laut dan memiliki balkoni untuk anda santai-santai merasai kesegaran angin laut. Mengenai kemudahan yang ada di chalet ini, pihak pengurusan menyediakan bot untuk tetamu bagi perjalanan jeti Semporna ke sini serta melakukan aktiviti riadah lain seperti mendaki bukit di Pulau Bum Bum.

Sarapan, minum petang dan makan malam yang disediakan pihak chalet memandangkan pergerakan tetamu agak terbatas kerana jauh dari tanah besar. Namun begitu, percutian di sini benar-benar membuatkan anda melupakan segala masalah dan hiruk pikuk di kota. Penggunaan elektrik di sini juga amat terhad. Elektrik hanya digunakan pada waktu malam sahaja. Bermakna percutian di sini benar-benar membuatkan anda dekat dengan alam semulajadi.

Pengalaman berada di sini sangat mengujakan. Tetamu boleh melihat sendiri kejernihan air sehingga terlihat banyak spesies marin yang bermain-main di bawah pelantar chalet. Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat kelibat beberapa ekor penyu berenang di sekitar chalet ini.

Lokasi: 91300 Semporna, Sabah

Similar Posts

  • |

    Daeng Travel Agency: Tour Guide Terbaik Anda!

    Duit dah ada tapi tak tahu nak melancong ke mana? Daftarkan diri anda ke travel agency kerana semestinya mereka paparkan tawaran pelancongan yang menarik. Variasi tempat yang ditawarkan pasti membantu anda membuat pilihan untuk melawat ke tempat baru. Pilih tempat yang anda ingin pergi mengikut musim-musim yang anda inginkan seperti: Musim bunga (bulan Mac hingga…

  • |

    Pakej Percutian Menarik Di Sabah Bersama Daeng Travel

    Sabah adalah salah satu tempat percutian yang wajib dilawati bagi setiap travellers. Kepelbagaian budaya serta keindahan alam di Sabah membuatkan ramai orang tertarik untuk bercuti di sana. Tapi, sebelum anda apply cuti dan melancong dengan pakej percutian menarik ke Sabah, jom ketahui beberapa perkara penting terlebih dahulu. Ikuti artikel ini untuk dapatkan maklumat dengan lebih…

  • Pulau Mantanani

    Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa…

  • Turtle Island Park

    Terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan, Turtle Island Park adalah syurga bagi penyu karah dan penyu agar yang kian diancam kepupusan di kawasan lain. Pulau Selingan yang merupakan pulau terbesar daripada yang lain menempatkan pejabat, pusat penetasan, penginapan dan pelbagai fasiliti asas lain. Pulau lain pula digunakan untuk…

  • Taman Laut Tunku Abdul Rahman

    Jutaan tahun yang lalu, terjadinya satu fenomena alam di mana ais mencair sehingga mengubah paras laut dan memberi kesan kepada kawasan daratan untuk terbahagi kepada beberapa buah pulau yang terasing. Inilah yang terjadi kepada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Kesemua gugusan pulau inilah yang membentuk…

  • |

    Kundasang: Tempat dan Aktiviti Percutian Menarik

    Kundasang merupakan sebuah pekan kecil di Sabah yang terletak di daerah Ranau. Namun, terdapat pelbagai tempat menarik di Kundasang yang boleh dikunjungi. Ianya, terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan paling hampir dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Faktor seperti cuaca yang segar dan keindahan semulajadi yang cantik di Kundasang menjadi tarikan utama sebagai…