Pulau Mantanani

Pulau Mantanani

Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil.

Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa tahu, mungkin anda bernasib baik?

Pulau Mantanani
Sumber: Beautiful Life & Nature

Kalau tidak berpeluang untuk menyaksikan semua ini, anda masih dapat menikmati keindahan sebuah fenomena laut yang sangat menarik iaitu bioluminescence di mana hamparan cahaya biru di sekitar lautan yang disebabkan oleh mikroorganisma marin yang wujud dapat dilihat pada waktu malam.

Untuk menuju ke sini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot yang ditawarkan penduduk kampung di Rampayan, Kota Belud, perjalanan untuk ke pulau dengan bot mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 jam, bergantung kepada keadaan ombak. Untuk ke Kota Belud dari Kota Kinabalu pula mengambil masa dalam sekitar satu setengah ke dua jam.

Alamat: Pulau Mantanani Besar, Kampong Mantanani, Sabah

Waktu Operasi Bot Jeti Kota Belud: 8.00 am – 3.00 pm (*Bergantung kepada keadaan ombak dan operator penghantaran)

Harga Tiket: Bergantung Kepada Pakej Yang Dipilih

Similar Posts

  • Turtle Island Park

    Terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan, Turtle Island Park adalah syurga bagi penyu karah dan penyu agar yang kian diancam kepupusan di kawasan lain. Pulau Selingan yang merupakan pulau terbesar daripada yang lain menempatkan pejabat, pusat penetasan, penginapan dan pelbagai fasiliti asas lain. Pulau lain pula digunakan untuk…

  • Maglami-Lami Waterhouse

    Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautannya yang cantik dengan kejernihan air laut sehingga kelihatan terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan. Terletak 30 minit dari jeti Semporna, chalet atas air ini…

  • |

    Pulau Di Sabah: “Syurga” Percutian Terbaik

    Keindahan pulau-pulau di Sabah amat memukau pandangan mata setiap individu sehingga digelar “Maldives Asia Tenggara”. Bayangkan kejernihan air laut seakan kristal kebiruan dan pasir pantai yang putih, sudah pasti menjadi tarikan ramai. Setiap pulau disini juga ada daya tarikan dan keunikan tertentu untuk para pelancong kunjungi.  Oleh itu, kami akan kongsi senarai pulau terbaik di…

  • Lok Kawi Wildlife Park

    Lok Kawi Wildlife Park terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian zoologi dan botani. Sepanjang perjalanan melihat haiwan-haiwan eksotik yang ada, anda dilindungi daripada sinaran matahari terik oleh dedaun pokok hutan hujan. Antara haiwan yang dapat dilihat adalah orang utan, monyet belanda, harimau, gajah dan banyak lagi. Di zon botaninya, anda boleh melalui laluan berkepanjangan sekitar…

  • |

    Agensi Pelancongan Daeng Travel & Tours, Pilihan Terbaik!

    Ramai diantara kita sering terfikir yang mana lebih berbaloi ketika melancong; untuk travel bersendirian atau bersama agensi pelancongan. Kedua-dua pilihan ini adalah mengikut keselesaan masing-masing. Lain orang, lain cara dan pemikiran. Ada yang mahu travel bersendirian atas sebab bajet yang terhad atau mempunyai pelbagai tempat menarik yang hendak dilawati. Manakala, buat mereka yang melancong mengikut…

  • 11 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Anda Mesti Pergi!

    11 Tempat Menarik Di Kundasang: Sesuai Untuk Semua Lapisan Umur Ramai yang ingin bercuti ke Kundasang tapi tak tahu nak pergi mana je kat sana, akhirnya bila sampai Kundasang hanya duduk homestay tido..tak bestlah macamtu kan..jom baca tips kami 11 Tempat Menarik Di Kundasang.   Desa Dairy Farm Kundasang War Memorial Sosodikon Hill Bombon Kampung…