Turtle Island Park

Turtle Island Park

Terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan, Turtle Island Park adalah syurga bagi penyu karah dan penyu agar yang kian diancam kepupusan di kawasan lain.

Pulau Selingan yang merupakan pulau terbesar daripada yang lain menempatkan pejabat, pusat penetasan, penginapan dan pelbagai fasiliti asas lain. Pulau lain pula digunakan untuk aktiviti pemuliharaan penyu.

Sekiranya anda meluangkan masa untuk melihat tarikan ini, anda mungkin berpeluang untuk melihat di depan mata bagaimana penyu bertelur atau melihat suasana ketika renjer melepaskan penyu yang telah cukup usia ke dalam lautan. Bayangkanlah betapa seronoknya anak-anak dapat merasai pengalaman berharga ini.

Alamat: Turtle Island Park, Sandakan, Sabah

Waktu Operasi: Tidak Digalakkan Dilawati Ketika Musim Peralihan Monsun

Similar Posts

  • |

    Agensi Pelancongan Daeng Travel & Tours, Pilihan Terbaik!

    Ramai diantara kita sering terfikir yang mana lebih berbaloi ketika melancong; untuk travel bersendirian atau bersama agensi pelancongan. Kedua-dua pilihan ini adalah mengikut keselesaan masing-masing. Lain orang, lain cara dan pemikiran. Ada yang mahu travel bersendirian atas sebab bajet yang terhad atau mempunyai pelbagai tempat menarik yang hendak dilawati. Manakala, buat mereka yang melancong mengikut…

  • Lok Kawi Wildlife Park

    Lok Kawi Wildlife Park terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian zoologi dan botani. Sepanjang perjalanan melihat haiwan-haiwan eksotik yang ada, anda dilindungi daripada sinaran matahari terik oleh dedaun pokok hutan hujan. Antara haiwan yang dapat dilihat adalah orang utan, monyet belanda, harimau, gajah dan banyak lagi. Di zon botaninya, anda boleh melalui laluan berkepanjangan sekitar…

  • Pulau Mantanani

    Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa…

  • Taman Laut Tunku Abdul Rahman

    Jutaan tahun yang lalu, terjadinya satu fenomena alam di mana ais mencair sehingga mengubah paras laut dan memberi kesan kepada kawasan daratan untuk terbahagi kepada beberapa buah pulau yang terasing. Inilah yang terjadi kepada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Kesemua gugusan pulau inilah yang membentuk…

  • Maglami-Lami Waterhouse

    Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautannya yang cantik dengan kejernihan air laut sehingga kelihatan terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan. Terletak 30 minit dari jeti Semporna, chalet atas air ini…

  • |

    Kundasang: Tempat dan Aktiviti Percutian Menarik

    Kundasang merupakan sebuah pekan kecil di Sabah yang terletak di daerah Ranau. Namun, terdapat pelbagai tempat menarik di Kundasang yang boleh dikunjungi. Ianya, terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan paling hampir dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Faktor seperti cuaca yang segar dan keindahan semulajadi yang cantik di Kundasang menjadi tarikan utama sebagai…