Dengan pakej umrah yang tersedia di pasaran, impian anda untuk menunaikan ibadah umrah sekarang telah menjadi mudah.
Ibadah umrah merupakan satu ibadah yang menunjukkan kesungguhan umat Islam mengabdi dan membersihkan rohani. Malahan, ia sangat dituntut kepada yang berkemampuan dan berkelapangan untuk menunaikannya.
Perjalanan menunaikan umrah ini tidaklah rumit, tetapi bakal jemaah perlu membuat persediaan dan perancangan yang teliti supaya proses menunaikan ibadah umrah berjalan dengan lancar.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan maksud umrah, persediaan asas untuk para jemaah dan pakej umrah dari Daeng.
Table of Contents
ToggleApakah Maksud Umrah?
Untuk pengetahuan anda, umrah bermaksud ziarah dari segi bahasa. Namun, dari segi syara’ pula, umrah merujuk kepada menziarahi Baitullah Al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadah tertentu, dengan syarat-syarat tertentu.
Selain itu, umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’.
Hukum menunaikan haji menjadi wajib sekali seumur hidup sekiranya individu beragama Islam tersebut telah memenuhi syarat-syaratnya.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah pada ayat 196, bermaksud:
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”
Persediaan Asas Sebelum Menempah Pakej Umrah
Sebelum anda menunaikan hasrat untuk mengerjakan umrah, anda perlulah menyiapkan diri dengan kelengkapan, peralatan dan pengetahuan secukupnya untuk dibawa ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Ilmu Pengetahuan
Sebelum menunaikan ibadah umrah, anda hendaklah menyiapkan diri anda dengan pengetahuan yang berkaitan dengan ibadah umrah secukupnya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang keluar untuk mencari atau menuntut ilmu, maka dia adalah orang yang berjihad fisabilillah sehingga ia kembali”.” (Riwayat oleh Tarmidzi)”
Jelas dari sabda Rasulullah SAW di atas menyatakan agama Islam semestinya menekankan ilmu yang benar dan sahih untuk setiap amal ibadah.
Ilmu yang benar dan sahih ini juga diaplikasikan termasuk ibadah solat dan puasa yang berpandukan hadis sahih Rasulullah SAW.
Begitu juga ibadah haji dan umrah kerana setiap jemaah perlu hadir ke kelas bimbingan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji atau agensi yang berdaftar.
Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang mencukupi melalui kelas bimbingan umrah, anda akan menjadi lebih yakin dan faham dengan setiap rukun ketika melaksanakan umrah.
Kewangan yang Cukup
Aspek kewangan memainkan peranan penting dalam menyiapkan diri untuk melakukan ibadah umrah.
Aspek kewangan diperlukan untuk menampung kos penerbangan, makanan, penginapan dan banyak lagi.
Oleh sebab itu. para jemaah yang menunaikan ibadah umrah perlulah menggunakan kemudahan Tabung Haji. Ia jauh lebih murah kerana subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Selain Tabung Haji, anda juga boleh menggunakan pihak agensi umrah berdaftar.
Dokumen-Dokumen Penting
Selain daripada kewangan yang mencukupi, anda perlu menyediakan beberapa dokumen penting yang diperlukan untuk dibawa ke negara Arab Saudi.
Antara dokumen penting yang perlu dibawa:
- Passport
- Gambar Visa latar belakang putih
- Imunisasi Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)
- Dokumen Perhubungan yang disahkan jika pergi bersama mahram
- Visa – diuruskan oleh agensi
- Insurans Takaful – diuruskan oleh agensi
berdasarkan dokumen di atas, anda perlulah memastikan semua dokumen ini lengkap dan disahkan oleh pihak yang berkuasa.
Berjumpa Dengan Doktor
Bagi jemaah yang mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau sebagainya, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat mengenai kesihatan.
Tidak lupa juga ubat-ubatan yang berkaitan serta makluman kepada mutawif yang membawa anda ke Tanah Suci Mekah tentang masalah kesihatan yang anda alami.
Ubat-ubatan umum seperti panadol, minyak angin dan sebagainya perlu disediakan untuk situasi yang tidak dapat dijangka.
Kesimpulannya, untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang sekali dalam seumur hidup ini, adalah penting untuk membawa semua yang anda perlukan untuk memastikan pengalaman yang selesa dan memuaskan.
Daripada pakaian hinggalah kepada barang keperluan, bakal jemaah-jemaah umrah hendaklah mengambil berat tentang hal ini.
Tempah Pakej Umrah Dengan Daeng Travel
Anda ingin menunaikan umrah?
Anda ingin merealisasikan impian orang tua anda untuk menunaikan ibadah umrah?
Jom tempah pakej Umrah Daeng Joined Group!
Dengan Daeng, anda boleh merealisasikan impian anda atau orang tua anda dengan mudah. Setiap peserta umrah Daeng disediakan kursus umrah secara percuma yang akan dibimbing oleh Mutawwif yang berpengalaman.
Malahan, pakej umrah Daeng sangat sesuai untuk keselesaan dan keselamatan warga emas tau!
Untuk pengetahuan anda, kami memang menggunakan kenderaan private untuk membawa semua jemaah umrah termasuk warga emas.
Kepada para jemaah umrah Daeng pun tidak perlu risau sekiranya anda perlu memakai wheelchair di sana. Ke semua tempat yang dilawati sangatlah mesra pengguna wheelchair.
Selain itu, kami memudahkan semua jemaah Daeng dengan:
- Bayaran secara ansuran
- Makanan fullboard 3 kali sehari
- Pakej umrah termasuk Visa Pelancong
- Hotel penginapan 5 bintang (Jarak 50 meter dari Masjidil Haram
- Penginapan hotel 4 bintang (Jarak 70 meter dari Masjid Nabawi)
- Set bagasi dan kain Ihram percuma
- Simcard percuma
- Perlindungan Takaful Tambahan
- Menaiki kereta api laju
- Harga pakej termasuk tiket penerbangan pergi dan balik Saudi (Malaysia Airlines)
Untuk Pakej Umrah Joined Group dari Daeng, ada 3 pakej yang anda boleh pilih iaitu, Bilik Berdua, Bilik Bertiga dan Bilik Berempat.
Tunggu apa lagi, tempah pakej Umrah Daeng sekarang!
Untuk maklumat lebih lanjut layari laman web Daeng dengan hanya klik di bawah.