Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Jutaan tahun yang lalu, terjadinya satu fenomena alam di mana ais mencair sehingga mengubah paras laut dan memberi kesan kepada kawasan daratan untuk terbahagi kepada beberapa buah pulau yang terasing. Inilah yang terjadi kepada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Sumber: Scubahive.com

Kesemua gugusan pulau inilah yang membentuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Daripada kesemua pulau ini, hanya empat buah pulau yang menjadi hotspot dalam kalangan para pelancong iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan dan Mamutik.

Bagaimana untuk menikmati percutian di taman laut ni? Anda boleh berisland hopping, bersnorkeling, sea walking, menyelam skuba, parasailing atau sekadar berkelah. Cukup banyak cara untuk bersatu dengan keindahan yang ditawarkannya.

Untuk menuju ke pulau-pulau ini, anda boleh mendapatkan bot dari Jesselton Point yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Sebelum ke sini, jangan lupa untuk membawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya kerana makanan yang dijual di pulau agak mahal.

Alamat: Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah
Waktu Operasi: 8.30 am – 5.00 pm (Jeti Dibuka Seawal 7 Pagi)

Similar Posts

  • Turtle Island Park

    Terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan, Turtle Island Park adalah syurga bagi penyu karah dan penyu agar yang kian diancam kepupusan di kawasan lain. Pulau Selingan yang merupakan pulau terbesar daripada yang lain menempatkan pejabat, pusat penetasan, penginapan dan pelbagai fasiliti asas lain. Pulau lain pula digunakan untuk…

  • |

    Daeng Travel Agency: Tour Guide Terbaik Anda!

    Duit dah ada tapi tak tahu nak melancong ke mana? Daftarkan diri anda ke travel agency kerana semestinya mereka paparkan tawaran pelancongan yang menarik. Variasi tempat yang ditawarkan pasti membantu anda membuat pilihan untuk melawat ke tempat baru. Pilih tempat yang anda ingin pergi mengikut musim-musim yang anda inginkan seperti: Musim bunga (bulan Mac hingga…

  • Maglami-Lami Waterhouse

    Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautannya yang cantik dengan kejernihan air laut sehingga kelihatan terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan. Terletak 30 minit dari jeti Semporna, chalet atas air ini…

  • |

    Semporna Package – Mabul Sabah: Pilihan Terbaik Untuk Pengembara

    Sudah masuk pertengahan tahun, sudah pasti ada antara kita merancang untuk pergi bercuti, kan? Jika ya, apa kata anda bercuti di Sabah dengan menggunakan Semporna package dari Daeng Travel? Mana tidaknya, Sabah merupakan salah satu negeri yang wajib kita lawati. Cuba anda bayangkan, suasana pantai yang tenang, air laut yang biru jernih, dan pemandangan yang…

  • Pulau Mantanani

    Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa…

  • |

    Kundasang: Tempat dan Aktiviti Percutian Menarik

    Kundasang merupakan sebuah pekan kecil di Sabah yang terletak di daerah Ranau. Namun, terdapat pelbagai tempat menarik di Kundasang yang boleh dikunjungi. Ianya, terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan paling hampir dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Faktor seperti cuaca yang segar dan keindahan semulajadi yang cantik di Kundasang menjadi tarikan utama sebagai…