tempat menarik di Kundasang

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil di Sabah yang terletak di daerah Ranau. Namun, terdapat pelbagai tempat menarik di Kundasang yang boleh dikunjungi.

Ianya, terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan paling hampir dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu.

Faktor seperti cuaca yang segar dan keindahan semulajadi yang cantik di Kundasang menjadi tarikan utama sebagai tempat dan aktiviti percutian menarik untuk pelancong berkunjung.

Selain daripada pelancongan, pertanian juga adalah sumber pendapatan utama kepada penduduk di sana.

Tidak hairan Kundasang menjadi pusat menjual sayur-sayuran segar yang sangat terkenal di daerah itu.

Dibanjiri ribuan pelancong setiap tahun menjadikan Kundasang destinasi untuk menikmati pemandangan, budaya, sejarah dan makanan yang unik.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut apa yang menariknya ada di Kundasang!

Tempat Yang Wajib Pergi Di Kundasang 

Kundasang

Di bawah ini kami senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang berada di Kundasang.

1.  Gunung Kinabalu

Mendaki Gunung Kinabalu iaitu puncak tertinggi di bahagian tenggara Asia sudah pasti menjadi tarikan ramai.

Siapa sahaja tidak mahu mengambil peluang melihat pemandangan yang menakjubkan.

Namun, pastikan anda sudah bersedia dan melatih diri untuk trekking agar pendakian berjalan lancar.

2.  Ladang Tenusu Desa

Digelar sebagai “The Little New Zealand”, kehijauan yang subur dan kumpulan lembu ini sangat popular dalam kalangan pelancong terutama kanak-kanak.

Pelancong berpeluang untuk memberi makan dan minum pada haiwan ternakan dengan susu botol dan rumput.

Meliputi lebih daripada 200 hektar, ladang ini mampu menghasilkan susu segar dan keju daripada lembu.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat dan belajar tentang pemprosesan susu segar.

Paling penting, jangan lupa untuk singgah ke kedai bagi membeli aiskrim yogurt, susu dan keju yang sedap.

3.  Pit Stop di Hooga Cafe atau Kundasang Farm Ville

Terletak kira-kira 3 kilometer dari ladang tenusu, Hooga Cafe merupakan pilihan restoran yang selesa untuk makan tengah hari dan makan malam.

Ia menjadi kegemaran untuk keluarga dengan anak kecil. Selain berdekatan dengan Kundasang Farm Ville, ia juga ada banyak lokasi untuk bergambar di Taman Selfie.

Di Farm Ville, ada tanaman sayur-sayuran hidroponik dan strawberry yang para pengunjung boleh membeli.

4.  Menaiki ATV

menaiki ATV

Seterusnya, menaiki ATV yang mencabar dan menyeronokkan dengan berlatar belakang pemandangan indah Gunung Kinabalu.

5.  Kebun Teh Sabah

Anda patut mengambil kesempatan berkunjung ke Kebun Teh Sabah untuk menghirup teh di ladang teh yang tenang.

Dibuka seawal pagi membolehkan para pengunjung untuk menerokai ladang yang luas.

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk merasai teh pelbagai perisa seperti serai, halia, pandan, dan kayu manis.

Lawati juga

Pulau di Sabah

6.  Memorial Perang Kundasang

Sambil bercuti, sambil belajar sejarah Kundasang untuk mengenali budaya tempatan dan warisan.

Sebab itu anda perlu melawat Memorial Perang Kundasang yang terletak di tengah-tengah bandar.

Ketenangan di kawasan ini turut menjadi peringatan bagi menghormati wira yang telah berkorban nyawa.

7.  Pekan Nabalu

Ketika dalam perjalanan ke Kundasang, anda mesti singgah ke Pasar Kraftangan Nabalu.

Disana, anda boleh mencari makanan ringan, buah-buahan, cenderamata hasil buatan tangan pada harga yang berpatutan.

Selain itu, dengan berjalan kaki selama 5 minit anda akan menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang jelas.

8.  Poring Hot Spring

Selepas penat seharian berjalan-jalan, anda mesti mahukan sesuatu yang boleh meredakan ketegangan.

Jadi, anda boleh berkunjung ke Kolam Air Panas Poring. Disini anda boleh merendam kaki.

Jika anda memerlukan ruang privasi, boleh pilih tab mandi dalaman peribadi yang boleh disewa pada harga yang mampu milik mengikut jenis tab mandian iaitu standard atau mewah.

Anda boleh melakukan trek pendek sambil berjalan di sepanjang jambatan gantung atas pokok kanopi berketinggian 60m.

Anda mungkin bertuah untuk melihat di depan mata bunga Rafflesian yang sedang mekar cantik.

9.  Spring Garden Mesilou

Ia adalah tempat yang menawarkan pelbagai jenis bunga cantik yang berkembang mekar sepanjang tahun.

Mata anda pasti terpukau dengan landskap yang rapi dan masih nampak pemandangan Gunung Kinabalu.

Ramai pengunjung memilih ini sebagai destinasi untuk meluangkan masa dengan tenang sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Wah! Bunyi menarik betul Kundasang ini, bukan? Persoalannya bagaimana pula dengan cara untuk ke sana?

Buat anda yang masih mencari travel guide yang dipercayai dan menyediakan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan, anda boleh cuba hubungi kami di Daeng Travel!

Daeng Travel

Kami menyediakan dua pakej percutian yang berbaloi iaitu:

Pakej Kundasang (KK-Kundasang)

Pakej ini termasuklah:

a) Pengangkutan

b) Tiket lawatan

c) Trip pulau

d) Penginapan

e) Pemandu guide

Pakej Semporna (Semporna- Mabul)

Pakej ini termasuklah:

a) Private airport transfer

b) 2 malam penginapan

c) Bayaran permit ke Sabah

d) Makan sarapan dan tengahari

e) Peralatan snorkeling

f) Island tour

Berikut di bawah ini juga antara sebab-sebab mengapa anda perlu memilih kami, Daeng Travel:

1) Syarikat milik entiti bumiputera yang pakar dalam pakej pelancongan

2) Berpengalaman dan beroperasi lebih 6 tahun

3) Agensi pelancongan di Sabah yang boleh dipercayai

4) Pakej pelancongan yang menarik dan menawan

5) Pemandu pelancong yang mesra dan berpengalaman

6) Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia 

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web Daeng Travel dibawah ini.

Similar Posts