Keindahan pulau-pulau di Sabah amat memukau pandangan mata setiap individu sehingga digelar “Maldives Asia Tenggara”.
Bayangkan kejernihan air laut seakan kristal kebiruan dan pasir pantai yang putih, sudah pasti menjadi tarikan ramai.
Setiap pulau disini juga ada daya tarikan dan keunikan tertentu untuk para pelancong kunjungi.
Oleh itu, kami akan kongsi senarai pulau terbaik di Sabah yang patut dijadikan sebagai destinasi percutian anda.
Table of Contents
Toggle5 Pulau Percutian Terbaik Di Sabah. #Nombor 1 Pilihan Wajib
Pulau Mabul
Pulau Mabul, pulau yang berada dalam daerah Semporna, Sabah ini terletak di perairan Laut Sulawesi iaitu berhampiran dengan sempadan Malaysia-Indonesia.
Keistimewaan pulau kecil berbentuk bujur di Sabah ini bukan sahaja permukaannya yang cantik malah diversiti dan kepelbagaian haiwan marin di lantai laut.
Dikelilingi Pulau Mabul dipenuhi dengan chalet-chalet dan resort yang indah di atas permukaan air dan unik kerana seperti terapung.
Kebiasaannya pelancong mencuba aktiviti seperti hiking, berkayak, scuba diving atau snorkeling sambil menjelajah dunia bawah laut yang cantik dan berwarna-warni.
Antara hidupan semula jadi yang ada adalah kuda laut, belut ular, ikan hantu, ikan gobi dan tapak sulaiman.
Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam.
Pulau Mabul sangat terkenal sebagai lokasi untuk fotografi-makro dasar laut di dunia. Pantai ini boleh dikunjungi sepanjang tahun.
Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna dan merupakan salah satu daripada 3 tapak menyelam di dunia. Pulau ini juga telah dinobatkan sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia.
Ia juga antara pulau yang mempunyai sejarah sebagai pulau yang terkesan daripada gunung berapi.
Selain itu, pulau ini menjadi rumah bagi hidupan perairan dalam seperti jerung putih, jerung hitam, dan jerung kelabu.
Disini pengunjung boleh menyaksikan lebih 10 penyu laut dan hidupan lain seperti lebih 3000 spesis ikan, karang dan banyak lagi yang tidak dapat dilihat di pulau lain.
Di Pulau Sipadan turut terdapat Barracuda Point iaitu menjadi pengalaman berharga buat yang meminati untuk meneroka laut kerana boleh berada di tengah-tengah pusaran barakuda.
Pulau Manukan
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar. Pulau di Sabah ini sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga terutama ada anak kecil.
Keadaan air laut yang cetek dan ikan yang bermain di pesisir pulau menambah kenikmatan melihat keindahan hidupan laut.
Antara aktivit yang biasa dilakukan adalah snorkeling, menyelam, banana boat, jet ski, hinggalah melihat ikan nemo!
Pulau ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, bilik mandi, restoran, tempat penginapan dan kedai cenderahati.
Pulau Bohey Dulang
Pulau Bohey Dulang sangat istimewa kerana dibentuk oleh sisa-sisa gunung berapi purba.
Namun, pulau ini hanya sesuai untuk lawatan sehari kerana tiada penginapan.
Antara aktiviti kegemaran ramai pengunjung adalah seperti mendaki, menyelam, dan melihat terumbu karang di bawah air yang jernih.
Tambahan pula, Pulau Bohey Dulang adalah syurga bagi burung-burung. Anda boleh melihat pelbagai spesis burung seperti burung enggang, burung hantu, dan burung merpati.
Pulau Mataking
Pulau Mataking merupakan destinasi percutian bulan madu yang agak popular kerana ciri-ciri dan suasa yang sesuai untuk pasangan baru berkahwin.
Pemandangan dengan langit yang biru, lautan biru dan pasir halus berwarna putih sememangnya mendatangkan kedamaian dan ketenangan.
Di pulau ini juga mempunyai jalan atas air yang dapat pengunjung lalui ketika surut. Paling menarik, pulau ini terkenal dengan tarikan seperti “post office bawah air”.
Kesimpulannya, orang ramai perlu merebut peluang untuk menikmati keindahan dan kecantikan pulau-pulau di Sabah.
Jika anda berminat untuk bercuti di Sabah, anda boleh memilih Deng Travel yang boleh membantu menguruskan percutian anda.
Daeng Travel ialah syarikat milik entiti Bumiputera yang pakar dalam pakej pelancongan.
Baca Juga
Sebab-sebab anda perlu memilih Daeng Travel:
- Agensi pelancongan di Sabah yang boleh dipercayai
Agensi pelancongan, Daeng Travel telah beroperasi lebih daripada 6 tahun dalam mengurus dan menawarkan pakej pelacongan ke Kota Kinabalu, Semporna dan Kundasang.
- Pakej pelancongan yang menarik untuk semua
Daeng Travel menawarkan pakej untuk percutian secara solo dan berkumpulan termasuklah untuk syarikat, keluarga atau rakan.
- Pemandu pelancong yang berpengalaman dan mesra
Pihak bertanggungjawab di Daeng Travel akan membimbing anda ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di sekitar Sabah termasuklah tempat makan, tempat membeli belah dan banyak lagi.
- Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia
Daeng Travel merupakan agensi pelancongan yang berdaftar di Malaysia dengan nombor pendaftaran syarikat KPK/ LN: 8529
- Perkhidmatan sewa kereta yang meyakinkan
Anda boleh tempah kereta sama ada untuk memandu sendiri atau menggunakan pemandu berpengalaman melalui perkhidmatan penyewaan kereta daripada Daeng Travel.
Dengan ini pasti perjalanan anda akan berjalan lancar, teratur dan selamat. Pasti anda senang hati untuk mengumpulkan pelbagai kenangan indah ketika bercuti di Sabah.
Di Daeng Travel, kami ada menyediakan pakej percutian yang menarik seperti Pakej Kundasang dan Pakej Semporna-Mabul.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut seperti pakej itinerari sama ada untuk 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam sila tekan pautan dibawah.