Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Jutaan tahun yang lalu, terjadinya satu fenomena alam di mana ais mencair sehingga mengubah paras laut dan memberi kesan kepada kawasan daratan untuk terbahagi kepada beberapa buah pulau yang terasing. Inilah yang terjadi kepada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Sumber: Scubahive.com

Kesemua gugusan pulau inilah yang membentuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Daripada kesemua pulau ini, hanya empat buah pulau yang menjadi hotspot dalam kalangan para pelancong iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan dan Mamutik.

Bagaimana untuk menikmati percutian di taman laut ni? Anda boleh berisland hopping, bersnorkeling, sea walking, menyelam skuba, parasailing atau sekadar berkelah. Cukup banyak cara untuk bersatu dengan keindahan yang ditawarkannya.

Untuk menuju ke pulau-pulau ini, anda boleh mendapatkan bot dari Jesselton Point yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Sebelum ke sini, jangan lupa untuk membawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya kerana makanan yang dijual di pulau agak mahal.

Alamat: Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah
Waktu Operasi: 8.30 am – 5.00 pm (Jeti Dibuka Seawal 7 Pagi)

Similar Posts

  • Lok Kawi Wildlife Park

    Lok Kawi Wildlife Park terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian zoologi dan botani. Sepanjang perjalanan melihat haiwan-haiwan eksotik yang ada, anda dilindungi daripada sinaran matahari terik oleh dedaun pokok hutan hujan. Antara haiwan yang dapat dilihat adalah orang utan, monyet belanda, harimau, gajah dan banyak lagi. Di zon botaninya, anda boleh melalui laluan berkepanjangan sekitar…

  • |

    Kundasang: Tempat dan Aktiviti Percutian Menarik

    Kundasang merupakan sebuah pekan kecil di Sabah yang terletak di daerah Ranau. Namun, terdapat pelbagai tempat menarik di Kundasang yang boleh dikunjungi. Ianya, terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan paling hampir dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Faktor seperti cuaca yang segar dan keindahan semulajadi yang cantik di Kundasang menjadi tarikan utama sebagai…

  • |

    Pakej Percutian Menarik Di Sabah Bersama Daeng Travel

    Sabah adalah salah satu tempat percutian yang wajib dilawati bagi setiap travellers. Kepelbagaian budaya serta keindahan alam di Sabah membuatkan ramai orang tertarik untuk bercuti di sana. Tapi, sebelum anda apply cuti dan melancong dengan pakej percutian menarik ke Sabah, jom ketahui beberapa perkara penting terlebih dahulu. Ikuti artikel ini untuk dapatkan maklumat dengan lebih…

  • Turtle Island Park

    Terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan, Turtle Island Park adalah syurga bagi penyu karah dan penyu agar yang kian diancam kepupusan di kawasan lain. Pulau Selingan yang merupakan pulau terbesar daripada yang lain menempatkan pejabat, pusat penetasan, penginapan dan pelbagai fasiliti asas lain. Pulau lain pula digunakan untuk…

  • 11 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Anda Mesti Pergi!

    11 Tempat Menarik Di Kundasang: Sesuai Untuk Semua Lapisan Umur Ramai yang ingin bercuti ke Kundasang tapi tak tahu nak pergi mana je kat sana, akhirnya bila sampai Kundasang hanya duduk homestay tido..tak bestlah macamtu kan..jom baca tips kami 11 Tempat Menarik Di Kundasang.   Desa Dairy Farm Kundasang War Memorial Sosodikon Hill Bombon Kampung…

  • Maglami-Lami Waterhouse

    Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautannya yang cantik dengan kejernihan air laut sehingga kelihatan terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan. Terletak 30 minit dari jeti Semporna, chalet atas air ini…