Agensi Pelancongan Daeng Travel & Tours, Pilihan Terbaik!

agensi pelancongan

Ramai diantara kita sering terfikir yang mana lebih berbaloi ketika melancong; untuk travel bersendirian atau bersama agensi pelancongan.

Kedua-dua pilihan ini adalah mengikut keselesaan masing-masing. Lain orang, lain cara dan pemikiran.

Ada yang mahu travel bersendirian atas sebab bajet yang terhad atau mempunyai pelbagai tempat menarik yang hendak dilawati.

Manakala, buat mereka yang melancong mengikut agensi pelancongan pula, berkemungkinan mereka bersepakat untuk pergi secara grouping dan memerlukan tour guidance.

Walau apapun, nasihat daripada kami di Daeng Travel & Tours adalah anda perlu sentiasa berhati-hati ketika melancong; baik bersendirian mahupun agensi pelancongan.

7 Tips Keselamatan Ketika Melancong 

Sebelum kami berkongsi details mengenai agensi pelancongan ini, anda perlu tahu beberapa tips keselamatan ketika melancong.

Ingat ya, better safe than sorry!

Berikut merupakan 7 tips keselamatan ketika melancong, tidak kira sama sendirian atau menggunakan khidmat agensi pelancongan:

1. Tidak baca review online

baca review online

Tips ini terpaling penting!

Jika anda tidak membuat research terlebih dahulu, anda berkemungkinan akan mengalami bad experience. Dan, siapa yang mahu ini terjadi ketika melancong, betul?

Jadi, jangan sesekali abaikan kepentingan membaca review di Internet. Anda boleh mendapatkannya di Google Review, TripAdvisor atau media sosial seperti Twitter, Instagram, dan sebagainya.

Antara review yang anda perlu pertimbangkan termasuklah:

  • Harga makanan atau souvenirs di sekitar kawasan pelancongan amat mahal.
  • Servis di tempat penginapan yang bermasalah.
  • Tempat penginapan yang kotor.

2. Tak baca dokumen kereta sewa dengan teliti

baca dokumen sewa

Jika anda travel secara bersendirian (atau bersama keluarga tanpa menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan), anda sememangnya perlukan kereta sewa.

Tapi, sebelum anda menandatangani “perjanjian” kereta sewa, pastikan anda sudah membaca isi kandungannya dengan teliti.

Hal ini kerana sesetengah syarikat kereta sewa memasukkan caj tersembunyi seperti insurans. Perkara begini la yang menyebabkan anda memerlukan bajet lebih.

3. Tidak buat research perjalanan airport

Antara perkara yang pelancong sering terlepas pandang adalah perjalanan dari airport ke tempat yang ingin dituju.

Bayangkan, anda sudah tiba di lokasi pelancongan, tetapi anda tidak tahu cara untuk ke hotel atau kedai makan.

Atau, lebih menyeramkan, adalah apabila segelintir orang lokal yang scam anda.

Tindakan melulu ini menyebabkan anda berada dalam keadaan yang susah dan bahaya.

4. Makan dahulu sebelum ke airport!

Kebiasaannya, pelancong selalu abaikan kepentingan untuk makan dahulu sebelum bergerak ke destinasi pelancongan.

Kenapa anda perlu berbuat demikian?

Ini boleh menyelamatkan anda dari berbelanja lebih di tempat makan yang berdekatan dengan airport. Buat pengetahuan anda, tempat-tempat makan sebegitu agak mahal.  

5. Makan Berdekatan Tarikan Pelancongan

Sebelum anda ingin bergerak ke tempat yang ingin dituju, anda dinasihatkan untuk memakan roti atau sebagai alas perut.

Restoran atau gerai makan berdekatan tarikan pelancong ini agak mahal, lebih-lebih lagi tempat makan yang viral.

Tips ini bukan setakat untuk melancong di dalam negara saja, ya. Jika anda travel ke luar negara, pun sama juga.

Cumanya, anda perlu tanya orang lokal di kawasan itu untuk tahu lokasi makanan yang sedap dan murah.

6. Bawa Kelengkapan Kesihatan

kelengkapan kesihatan

Memang betul tempat penginapan atau flight ada menyediakan kelengkapan kecemasan seperti first-aid kit.

Tetapi, adalah lebih baik jika anda sediakan dan bawa kotak kecemasan itu sendiri. Antara barang-barang yang anda perlu sediakan ialah:

  • Ubat-ubatan seperti ointment dan panadol
  • Face mask
  • Hand sanitizer
  • Tisu basah
  • Covid-19 test

Anda boleh dapatkan kesemua barang-barang kecemasan ini di drugstore saja.

Ingat ya, kesihatan itu adalah satu priority yang tidak boleh dipandang rendah. Jangan berkira jika barang-barang ini mengambil ruang di dalam luggage anda.

7. Ketika berada di tempat awam

Pelancong diingatkan untuk sentiasa berhati-hati sebelum menggunakan sesuatu kemudahan di tempat-tempat awam.

Ini kerana tempat kemudahan seperti surau, tandas atau gerai makan dikunjungi oleh ramai orang.

Jadikan, pastikan anda extra cautious di tempat-tempat ini dengan memakai face mask dan hand sanitizer.

Baca Juga :

Pulau di Sabah: “Syurga” Percutian Terbaik

Kepentingan Pilih Agensi Pelancongan

Berikut merupakan beberapa kepentingan supaya anda memilih agensi pelancongan, antaranya:

1. Agensi pelancongan lebih berpengetahuan mengenai lokasi lokal seperti faktor keselamatan, tempat-tempat makan atau jalan-jalan yang menarik dan murah.

2. Agensi pelancongan dapat menjimatkan masa anda kerana kebiasaannya mereka yang akan menempahkan tiket, hotel, dan tempat-tempat yang menarik. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah untuk membuatnya sendirian.

3. Harga yang lebih berbaloi dan menjimatkan daripada melancong seorang diri.

4. Boleh bertindak dan bersedia sekira berlakunya kecemasan ketika melancong.

 

Pilih Daeng Travel Sebagai Agensi Pelancongan Anda!

Salah satu agensi pelancongan terbaik di Sabah sudah tentunya Daeng Travel & Tours yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Jika anda sedang mencari agensi pelancongan ke Negeri Bawah Bayu, anda boleh dapatkan perkhidmatan di Daeng Travel & Tours! 

Daeng agensi pelancongan

Sebagai agensi pelancong lokal, kami menyediakan dua pakej percutian yang berbaloi iaitu:

  • Pakej Kundasang (KK-Kundasang)

Pakej ini termasuklah:

1) Pengangkutan

2) Tiket lawatan

3) Trip pulau

4) Penginapan

5) Pemandu guide

 
  • Pakej Semporna (Semporna- Mabul)

Pakej ini termasuklah:

1) Private airport transfer

2) 2 malam penginapan

3) Bayaran permit ke Sabah

4) Makan sarapan dan tengahari

5) Peralatan snorkeling

6) Island tour

 

Berikut di bawah ini juga antara sebab-sebab mengapa anda perlu memilih kami, Daeng Travel: 

1Syarikat milik entiti bumiputera yang pakar dalam pakej pelancongan

2. Berpengalaman dan beroperasi lebih 6 tahun

3. Agensi pelancongan di Sabah yang boleh dipercayai

4. Pakej pelancongan yang menarik dan menawan

5. Pemandu pelancong yang mesra dan berpengalaman

6. Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia

 

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web Daeng Travel dibawah ini.

Similar Posts

  • Maglami-Lami Waterhouse

    Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautannya yang cantik dengan kejernihan air laut sehingga kelihatan terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan. Terletak 30 minit dari jeti Semporna, chalet atas air ini…

  • Taman Laut Tunku Abdul Rahman

    Jutaan tahun yang lalu, terjadinya satu fenomena alam di mana ais mencair sehingga mengubah paras laut dan memberi kesan kepada kawasan daratan untuk terbahagi kepada beberapa buah pulau yang terasing. Inilah yang terjadi kepada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Kesemua gugusan pulau inilah yang membentuk…

  • Pulau Mantanani

    Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa…

  • |

    Semporna Package – Mabul Sabah: Pilihan Terbaik Untuk Pengembara

    Sudah masuk pertengahan tahun, sudah pasti ada antara kita merancang untuk pergi bercuti, kan? Jika ya, apa kata anda bercuti di Sabah dengan menggunakan Semporna package dari Daeng Travel? Mana tidaknya, Sabah merupakan salah satu negeri yang wajib kita lawati. Cuba anda bayangkan, suasana pantai yang tenang, air laut yang biru jernih, dan pemandangan yang…

  • Lok Kawi Wildlife Park

    Lok Kawi Wildlife Park terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian zoologi dan botani. Sepanjang perjalanan melihat haiwan-haiwan eksotik yang ada, anda dilindungi daripada sinaran matahari terik oleh dedaun pokok hutan hujan. Antara haiwan yang dapat dilihat adalah orang utan, monyet belanda, harimau, gajah dan banyak lagi. Di zon botaninya, anda boleh melalui laluan berkepanjangan sekitar…

  • |

    Pakej Umrah 2023: Impian Ziarah Ke Tanah Suci Dengan Selesa

    Table of Contents Add a header to begin generating the table of contents Scroll to Top Dengan pakej umrah yang tersedia di pasaran, impian anda untuk menunaikan ibadah umrah sekarang telah menjadi mudah.  Ibadah umrah merupakan satu ibadah yang menunjukkan kesungguhan umat Islam mengabdi dan membersihkan rohani. Malahan, ia sangat dituntut kepada yang berkemampuan dan…