Turki merupakan salah satu negara yang wajib anda kunjungi. Antara tempat menarik di Turki adalah Istanbul, Cappadocia, Pamukkale dan Bursa.
Istanbul merupakan kota terbesar di Turki dan salah satu destinasi wajib pelancong melawat di Turki yang terkenal dengan kekayaan budayanya dan banyak tempat bersejarah.
Salah satu tarikan terkenal di Istanbul adalah Masjid Sultan Ahmed, Hagia Sophia, dan Museum Topkapi.
Selain itu, tempat makan yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah kedai Hafiz Mustafa yang terkenal dengan kunafa, baklava dan pelbagai dessert yang lain.
Jom ikuti pelancongan ini di tempat-tempat yang menarik di Turki!
Table of Contents
Toggle1. Bosphorus Cruise
Bosphorus Cruise merupakan pelayaran menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Hitam dan Laut Marmara. Pelayaran ini menawarkan pemandangan indah sepanjang perjalanan.
Anda boleh melihat Masjid Hagia Sophia dari jauh, Topkapi Palace dan Gelata Tower semasa pelayaran menaiki Bosphorus Cruise.
Peluang ini adalah untuk menikmati pemandangan Istanbul dari sudut yang berbeza.
2. Grand Bazaar
Grand Bazaar terkenal dengan pelbagai barangan antik dan cenderahati untuk pengunjung membawa pulang barangan buatan Turki.
Terdapat sekitar 5000 gerai yang menjual pelbagai barang di sini dan 9 buah pintu masuk.
Pasar ini menjual pelbagai barangan seperti karpet buatan turki, tudung, shawl dan baju turki, perhiasan lampu dan bermacam lagi. Ia merupakan salah satu daya tarikan utama pengunjung untuk membeli belah.
Kebanyakan gerai di sini semua menjual barang yang hampir sama cumanya dengan harga yang berbeza.
Jadi untuk mendapatkan diskaun, anda perlu pandai minta diskaun dengan menyebut “inderim” pada mereka kerana kebiasaanya mereka masih dapat untung atas diskaun yang diberikan.
Selain itu, teknik yang lain adalah menarik anda untuk masuk ke dalam kedai dan mengatakan yang anda adalah first customer mereka. Seterusnya, menawarkan anda untuk membeli barangan dengan harga yang murah!
3. Topkapi Palace
Topkapi Palace adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki. Ia pernah menjadi tempat tinggal raja-raja Ottoman selama lebih dari 400 tahun.
Topkapi Palace merupakan tempat yang penting dalam sejarah Turki dan menawarkan pemandangan yang indah seperti Laut Marmara dan Bosphorus serta mempunyai banyak galeri seni dan sejarah yang menarik untuk dikunjungi.
4. Hagia Sophia
Pada tahun 2014 Hagia Sophia antara muzium di Turki yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong. Hagia Sophia dulunya pernah menjadi gereja dan sekarang dibuka untuk pelancong kunjungi sebagai sebuah muzium.
Design bahagian dalam muzium melambangkan kekuatan dan kekuasaan Kota Konstantinopel pada zaman dahulu. Banyak kesan tinggalan yang menjadi penaklukan dan penjajahan zaman dahulu.
5. Ephesus
Ephesus antara kota terbesar yang meninggalkan kesan cebisan kehancuran yang besar di Turki. Bandar Kota Rom yang masih berdiri kukuh.
Bandar ini dimusnahkan oleh Goths pada 263, dan sebagiannya dimusnahkan oleh gempa bumi pada abad 614.
Baca Juga
6. Blue Mosque
Blue Mosque adalah Masjid Biru atau sering disebut sebagai Sultan Ahmed Mosque yang dibangunkan pada abad ke 17 oleh Sultan Ahmed.
Nama masjid ini berasal dari kain biru yang digunakan untuk menghiasi interior dalam masjid. Masjid ini dikenal dengan jubin yang bewarna biru dan menjadi satu simbol kota di Istanbul.
7. Taksim Square
Pada tahun 1939 sebuah keretapi dibangunkan di Taksim Square yang menjadi salah satu keretapi terbesar di Istanbul. Taksim Square kini menjadi pusat untuk pelancong membeli belah barangan branded.
Di sana, barang berjenama seperti Zara, Sephora, Adidas, Uniqlo lebih murah compare to Malaysia.
8. Mousoleum Mustafa Kemal Ataturk
Mousoleum Mustafa Kemal Ataturk adalah sebuah bangunan yang terletak di Ankara Turki. Bangunan ini dibangun untuk mengenang jasa-jasa Mustafa Kemal Ataturk yang merupakan pemimpin Turki pertama setelah kemerdekaan negara tersebut.
Mustafa Kemal memimpin negara tersebut setelah berakhirnya Perang Dunia Pertama. Dibangun pada tahun 1953 dan menjadi salah satu daya tarikan pengunjung yang popular di Ankara.
9. Hot Air Balloon Cappadocia
Salah satu aktiviti yang popular di Cappadocia adalah daya tarikan belon air panas yang menerbangkan setinggi 6000 kaki untuk melihat pemandangan yang indah di Cappadocia.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati matahari terbit dan terbenam semasa menaiki Hot Air Balloon.
Cappadocia adalah sebuah daerah di Turki yang terkenal dengan formasi batu yang unik, gua yang dibuat oleh manusia dan pemandangan yang indah.
Tempat yang menarik di Cappadocia termasuk Gua Pigeon, Gua Rose, dan museum pasir di Goreme. Daerah ini terkenal kerana banyak gua yang dibina oleh aliran air dan angin serta kawasan yang berpasir seperti di Dubai.
10. Pamukkale White Terraces
Tempat ini terkenal dengan tebing-tebing putih yang diperbuat dari lapisan kapur yang terbentuk selama bertahun tahun akibat aliran air panas yang mengalir ke atasnya.
Kini, air di White Terraces adalah sangat sejuk. Disarankan orang yang ingin mencelup kaki hendaklah membuka kasut terlebih dahulu kerana lantainya yang sangat licin.
11. Ottomania Carpet
Tempat pembuatan karpet yang terkenal di Turki. Ottomania carpet terkenal dengan buatan karpet secara handmade yang diperbuat dari bulu biri-biri dan benang sutra.
Kebiasaanya mengambil masa untuk siap satu karpet dalam masa berbulan malah makan bertahun. Antara kelebihan karpet ini adalah waterproof dan tidak menyerap bau yang busuk.
Jika air tumpah atas karpet boleh dilap menggunakan tuala. Carpet ini sangat tahan lama dan sering digunakan di muzium atau masjid.
12. Turkish Delight Showroom (Munira)
Antara turkish delight yang terkenal di Turki adalah kedai Munira yang terletak di Bursa. Turkish delight di sini sedap dan tidak terlalu manis dan rasa yang balance dengan semua dessert.
Walaupun harganya agak mahal nak dibandingkan dengan turkish delight di tepi jalan. Kedai Munira ini menyajikan pelbagai jenis variasi turkish delight yang fresh dengan rasa dan bahan yang berbeza.
13. Grand Mosque (Bursa)
Grand Mosque memiliki arkitektur yang unik dan dianggap simbol keagamaan dan kebudayaan sesuatu negara. Masjid Sultanahmet atau Masjid Bleu antara Grand Mosque yang terkenal di Turki.
Ia salah satu masjid terbesar di Turki yang dibangunkan pada abad ke 17 oleh Sultan Ahmed.
Masjid ini dibina dari bahan bahan seperti marmer, granit dan mozaik. Masjid ini juga menawarkan pemandangan yang indah dari Kota Istanbul dan Laut Marmara.
Harapnya sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk mencari idea melancong ke Turki.
Dengan banyak tarikan yang menarik untuk dikunjungi pelancong, Turki merupakan salah satu negara yang menawarkan banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Anda tertekan dan perlukan ketenangan? Jom bercuti dengan Daeng Travel!
Klik link di bawah ini untuk lihat pakej percutian yang ditawarkan oleh kami.